KELAS TAMHID ASAS

TEKNIK NEURO NADI AL BAGHDADI

KELAS TAMHID ASAS adalah kelas belajar mengaji asas atau dengan kata lain, kelas mempelajari sebutan huruf hijaiyyah menggunakan TEKNIK NEURO NADI AL BAGHDADI.

  • Disini pelajar akan berupaya mengenal dan membaca 29 huruf hijaiyyah dengan baik.
  • Kemampuan membaca tanda baris asas bacaan (fathah, kasrah, dan dhommah)
  • Kemahiran menguasai tanda baris dua bacaan (tanwin)
  • Keupayaan mengenal tanda bacaan panjang (mad)
  • Kemampuan membaca tanda bacaan mati (sukun)
  • Kemahiran menguasai tanda bacaan berganda (sabdu)

Dalam kelas Tamhid ini juga menggunakan alat bantu mengajar iaitu Alat Ketuk-Ketukan.

Diantara kelebihan Alat Ketukan ialah :

Meningkatkan Daya Fokus :

  • Otak kiri (baca) + kanan (ketuk) = Tidak mempunyai masa berfikir benda yang lain penumpuan dalam belajar
  • Daya penumpuan akan lebih meningkat
  • Mudah dan Cepat :
  • 1 huruf bersamaan 1 bunyi ketukan
  • Tidak mengeja tetapi terus mempraktikkan bunyi asas
  • Huruf diperkenalkan melalui struktur asas sebelum kenal huruf

Latih Tubi Berterusan :

  • Melatih untuk membuat pengulangan tanpa sedar melalui ketukan

Membina Kemahiran Membaca Secara Menyambung Tanpa Sedar :

  • Walaupun dalam buku Tamhid berkotak-kotak tapi dibaca beserta ketukan secara bersambung dan perlahan (terkawal)
  • Apabila latihan secara berkumpulan dibuat, boleh melatih sambil mengikut & mendengar (meningkatkan gabungan kemahiran visual & auditori tanpa mengikut peringkat usia)

Mengawal Bacaan Panjang Pendek :

  • Menggalakkan bacaan secara tartil dan berdisiplin
  • Membentuk bacaan kemas & berstruktur

Aktiviti Kelas Menyeronokkan dan Tidak Membosankan :

  • Aktiviti secara berkumpulan
  • Beramai-ramai dan serentak
  • Secara berpasangan
  • Sewaktu latihan jangan menghafal tetapi memahami struktur bunyi asas supaya boleh buat bacaan secara pusingan, giliran dan hasil yang terbaik
STRUKTUR2

SIGN UP NOW

Berminat untuk mengikuti kelas-kelas di Nadi Quranic Learning Centre Brunei?